50 pokok ketum, empat pondok atas tanah kerajaan dimusnahkan

Operasi memusnahkan pokok ketum yang ditanam di atas tanah milik kerajaan di Batu Gajah. Foto ihsan FB Polis Daerah Batu Gajah
Operasi memusnahkan pokok ketum yang ditanam di atas tanah milik kerajaan di Batu Gajah. Foto ihsan FB Polis Daerah Batu Gajah
A
A
A

BATU GAJAH - Sebanyak 50 pokok ketum dimusnahkan dalam operasi bersepadu di tanah milik kerajaan di Jalan Tanjung Rambutan dan Kampung Nalla, Tronoh pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, tindakan penguatkuasaan diambil termasuk memusnahkan empat pondok yang digunakan bagi aktiviti memasak air ketum.

"Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memusnahkan pokok dan pondok yang dibina atas tanah milik kerajaan bagi menjalankan aktiviti penyalahgunaan ketum.

"Operasi selama lima jam bermula jam 7.30 pagi itu berjaya memusnahkan kesemuanya mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi turut memusnahkan empat pondok yang digunakan bagi aktiviti memasak air ketum. Foto ihsan FB Polis Daerah Batu Gajah
Operasi turut memusnahkan empat pondok yang digunakan bagi aktiviti memasak air ketum. Foto ihsan FB Polis Daerah Batu Gajah

Menurut beliau, operasi itu melibatkan kekuatan 35 pegawai dan anggota polis dibantu 30 kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Ipoh bersama Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ketum dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di talian 05-36292222 atau balai polis berhampiran.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!