Covid-19: Polis nafi perintah berkurung

Penyelia stesen minyak di Jalan Sultan Tengah di Petra Jaya, Kuching, Sharifah Nurul Fatihah (kiri) menyembur cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan seorang pelanggan. -Foto Bernama
Penyelia stesen minyak di Jalan Sultan Tengah di Petra Jaya, Kuching, Sharifah Nurul Fatihah (kiri) menyembur cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) pada tangan seorang pelanggan. -Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menafikan maklumat yang tular di media sosial mengenai perintah berkurung berikutan wabak koronavirus (Covid-19) dikeluarkan kerajaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penularan berita palsu itu menyebabkan segelintir penduduk di beberapa lokasi di Petaling Jaya panik dan bertindak membeli barangan keperluan dalam jumlah yang banyak.

Menurutnya, setakat ini tiada sebarang arahan perintah berkurung susulan wabak tersebut.

"Berdasarkan maklumat dan pemerhatian orang ramai mula menyerbu premis perniagaan untuk mendapatkan bekalan keperluan.

"Orang ramai diminta sentiasa menyemak dari semasa ke semasa menerusi agensi yang bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara(MKN)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk mendapatkan pengesahan.

Setakat ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan sebanyak 125 kes baharu dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah positif wabak terbabit sebanyak 553 kes.

Artikel Berkaitan: