Bekas tentera parah ditetak

Abdullah melihat kawasan kejadian.
Abdullah melihat kawasan kejadian.
A
A
A

BACHOK – Seorang bekas tentera cedera parah selepas ditetak dengan pedang samurai di bahu kiri sebelum ditembak sebanyak tujuh das di bahagian punggung dalam kejadian di Kampung Bukit Marak, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 34 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada seorang individu pada jam 12.30 tengah malam untuk bertemunya.

Suspek dikatakan menaiki sebuah kereta yang berhenti di hadapan kawasan rumah mangsa kira-kira jam 1 pagi sebelum keluar dan terus menyerang mangsa dengan pedang sepanjang satu meter.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah ketika ditemui di lokasi berkata, ketika pergelutan berlaku, mangsa dikatakan sempat merampas pedang yang dibawa suspek.

Abdullah semasa di lokasi kejadian.
Abdullah semasa di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, seorang lagi suspek dikatakan keluar dari kenderaan dan menembak mangsa bertubi-tubi tetapi mangsa sempat bersembunyi di kawasan berkenaan.

Menurutnya, selepas kejadian suspek meninggalkan kawasan itu.

“Mangsa yang cedera dibawa oleh ayahnya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan. Siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berkait dengan hutang.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, polis yang sudah mengenal pasti kedua-dua suspek warga tempatan itu mahu mereka menyerah diri di balai polis berdekatan.

Kes disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.