Pelayan pusat karaoke edar dadah lebih 20kg berdepan hukuman mati

Vuit Kit dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis.
Vuit Kit dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang pelayan pusat karaoke didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis atas empat pertuduhan mengedar dan memiliki lebih 20 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis, dua minggu lalu.

Tertuduh, Chung Vui Kit, 39, hanya mengangguk faham selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam dan Atifah Hazimah Wahab.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa mengedar dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine seberat kira-kira 81 gram di tepi Jalan Dato Abdullah Tahir sekitar jam 1.55 petang pada 10 Julai.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa mengedar dadah jenis MDMA seberat 20,521 gram di dalam sebuah bilik rumah kedai di Jalan Sutera 2, Taman Sentosa, jam 3.40 petang pada hari yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan.

Bagi dua lagi pertuduhan, tertuduh didakwa memilik dadah jenis ketamin seberat 151 gram dan dadah jenis nimetazepam seberat 151 gram di sebuah rumah kedai di Jalan Sutera 2, Taman Sentosa pada kira-kira jam 3.40 petang, 10 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman dan Amirah Tasnim Saleh, manakala tertuduh diwakili peguam, Goh Sze Han dan Ahmad Yusry Ahmad Fuad.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 24 September bagi tujuan serahan laporan kimia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!