Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina

Mahkamah Syariah di Kelantan mengendalikan kes pertama melibatkan seorang individu yang bertindak menukar jantina (mak nyah) mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan tahun 2020.
Mahkamah Syariah di Kelantan mengendalikan kes pertama melibatkan seorang individu yang bertindak menukar jantina (mak nyah) mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan tahun 2020.
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Syariah di negeri ini mengendalikan kes pertama melibatkan seorang individu yang bertindak menukar jantina (mak nyah) mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, sejak undang-undang itu diwartakan tahun 2020.

Sumber Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) berkata, penahanan individu itu dibuat dalam satu operasi ke atas acara melibatkan sekumpulan transgender.

“Susulan itu satu pendakwaan dibuat ke atas suspek di Mahkamah Syariah Kelantan, baru-baru ini atas dakwaan melakukan pengubahan jantina," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, kes tersebut masih peringkat pengurusan selepas tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan.

Katanya, individu tersebut dipercayai mengubah jantina tersebut pada pertengahan tahun lalu.

Sumber berkata, pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019, berkaitan kesalahan mengubah jantina sendiri atau orang lain.

"Jika sabit kesalahan ia boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan perincian kes berkenaan secara terbuka.

“Saya tiada maklumat lengkap dan ada isu tidak boleh dibuat pendedahan terbuka. Dalam hal ini saya kena jaga semua pihak yang sedang diambil tindakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mahkamah Syariah di Kelantan mengendalikan kes pertama individu bertindak menukar jantina sejak undang-undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 diwartakan
  • Penahanan individu itu dibuat dalam operasi acara melibatkan transgender
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah dan kes masih peringkat pengurusan
  • Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 18 berkaitan kesalahan mengubah jantina
  • Sabit kesalahan boleh dihukum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!