NGO gesa SPRM tambah baik SOP elak cetus ketakutan awam

Gambar operasi SPRM yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai. (Gambar kecil: Francis)
Gambar operasi SPRM yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai. (Gambar kecil: Francis)
A
A
A

SEBERANG JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap operasi penguatkuasaan bagi memastikan tidak menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang awam, khususnya mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan kegiatan jenayah.

Pengerusi Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, L Francis berkata, gesaan itu susulan serbuan besar-besaran SPRM ke atas beberapa premis yang disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri pada Isnin lalu, yang didakwa mencetuskan trauma kepada pekerja dan ahli keluarga mereka.

Gambar operasi SPRM yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.
Gambar operasi SPRM yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

“Kita tidak menafikan kepentingan membanteras jenayah ekonomi serta menyokong tindakan tegas terhadap sindiket haram.

"Namun begitu, pelaksanaan operasi perlu mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan mereka yang tidak bersalah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Francis berkata, rakaman video dan foto yang tular di media sosial jelas menunjukkan anggota penguat kuasa lengkap bersenjata mengarahkan senjata ke arah pekerja premis yang secara jelas tidak bersenjata dan tidak menunjukkan sebarang ancaman.

Menurutnya, insiden berkenaan bukan sahaja menimbulkan kegusaran kepada pekerja terlibat, malah turut menyebabkan kanak-kanak dan ahli keluarga yang berada di lokasi serbuan mengalami ketakutan serta tekanan emosi.

Artikel Berkaitan:

Francis berkata, rakaman video dan foto yang tular di media sosial jelas menunjukkan anggota penguat kuasa lengkap bersenjata mengarahkan senjata ke arah pekerja premis yang secara jelas tidak bersenjata dan tidak menunjukkan sebarang ancaman.
Francis berkata, rakaman video dan foto yang tular di media sosial jelas menunjukkan anggota penguat kuasa lengkap bersenjata mengarahkan senjata ke arah pekerja premis yang secara jelas tidak bersenjata dan tidak menunjukkan sebarang ancaman.

"Pendekatan lebih profesional dan berhemah amat diperlukan agar tindakan penguatkuasaan tidak disalah tafsir sebagai pencabulan hak atau intimidasi terhadap orang awam.

“Kami percaya SPRM sebagai agensi berwibawa sentiasa terbuka menerima maklum balas masyarakat dan menilai semula pelaksanaan operasi bagi memastikan keseimbangan antara ketegasan tindakan serta perlindungan hak awam," katanya.

Sebelum ini media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset dianggarkan bernilai lebih RM183 juta menerusi Op Metal, hasil serbuan terhadap sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri sejak Isnin lalu.

Operasi bersepadu itu dikendalikan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!