Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar

Api masih belum terkawal sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
Api masih belum terkawal sepenuhnya dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.
A
A
A

NIBONG TEBAL – Satu kebakaran melibatkan longgokan sampah di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini dilaporkan berlaku pada Ahad malam, sehingga kini masih belum berjaya dikawal sepenuhnya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.13 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tiba di lokasi pada jam 8.21 malam.

“Kebakaran melibatkan kawasan anggaran seluas 100 x 100 kaki persegi di tapak pelupusan sampah berkenaan.

"Setakat ini operasi pemadaman masih diteruskan dan belum terkawal sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, operasi pemadaman diketuai seorang pegawai bomba kanan dengan kekuatan 18 anggota termasuk penyelia dari BBP Nibong Tebal dan dibantu BBP Sungai Bakap.

Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di lokasi kejadian.
Pasukan bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran di lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan penilaian awal sebelum menjalankan kerja-kerja pemadaman, pengawalan kebakaran serta pembinaan ‘fire break’ bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain.

“Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Sungai Jawi, Nibong Tebal, Valdor, Tanjung Piandang dan Parit Buntar selain sokongan dua unit jentera 'excavator' daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP),” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

"Dalam operasi berkenaan, beberapa aset digunakan termasuk jentera LFRT, EMRS, FRV, FRT, lori tangki air serta Rapid Response Vehicle (RRV).

“Maklumat lanjut dan perkembangan terkini operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Ringkasan AI

  • Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar pada Ahad malam dan kebakaran belum dikawal sepenuhnya
  • John Sagun Francis daripada JBPM Pulau Pinang menyatakan kebakaran melibatkan kawasan anggaran 100 x 100 kaki persegi
  • Operasi pemadaman kebakaran diketuai oleh seorang pegawai bomba kanan dengan bantuan 18 anggota dan penyelia dari BBP Nibong Tebal serta BBP Sungai Bakap
  • Pasukan Bomba Sukarela dari beberapa kawasan turut membantu operasi dengan sokongan dua unit jentera excavator daripada MBSP
  • Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!