Pusat hiburan jadi transit GRO tawar seks

JIM menahan 11 wanita warga asing disyaki GRO dalam serbuan di pusat hiburan di Klang pada Selasa.
JIM menahan 11 wanita warga asing disyaki GRO dalam serbuan di pusat hiburan di Klang pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Kegiatan dipercayai tawaran seks wanita warga asing yang berselindung di sebalik pusat hiburan di sini dibongkar pada Selasa.

Serbuan kira-kira jam 6 petang itu dijalankan sepasukan Unit Risikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor hasil maklumat dan aduan awam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, operasi bertindak menahan 11 wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) serta seorang lelaki warga asing.

Menurutnya, semasa serbuan terdapat beberapa cubaan melarikan diri selain warga asing yang berpura sebagai warga tempatan untuk mengaburi pasukan operasi imigresen.

"Premis ini beroperasi bermula jam 2 petang bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Premis ini dipercayai digunakan bagi transit GRO terbabit untuk membuat langganan perkhidmatan seks yang dibayar dengan harga RM800 hingga RM1,200. Gadis yang tiada langganan akan bergerak bebas menjadi GRO di pusat hiburan pada waktu malam," katanya pada Rabu.

Tambahnya, semasa pemeriksaan dijalankan berlaku provokasi daripada orang tempatan yang mendakwa sebagai teman lelaki dan majikan kepada GRO terbabit.

Tegasnya, kesemua tangkapan berusia 19 hingga 40 tahun dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!