[VIDEO] Kedai mainan diserbu, 351 pistol tiruan dirampas

A
A
A

MELAKA - Sebuah kedai permainan yang menjual pistol tiruan tanpa lesen dan permit sah diserbu polis dalam operasi di Taman Teknologi Cheng di sini pada Selasa.

Operasi jam 10.22 pagi itu berjaya menemui dan merampas sebanyak 351 pucuk pistol tiruan jenis 'airsoft gun' yang disembunyikan di bahagian stor premis terbabit.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati pistol tiruan itu dijual dengan harga RM200 hingga RM300 dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM105,300.

Dzulkhairi (tiga dari kiri) menunjukkan pistol tiruan jenis 'airsoft gun' yang dirampas darj sebuah kedai menjual permainan pada Selasa.
Dzulkhairi (tiga dari kiri) menunjukkan pistol tiruan jenis 'airsoft gun' yang dirampas darj sebuah kedai menjual permainan pada Selasa.

"Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Taman Melaka Baru di sini pada Rabu.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan pistol tiruan itu juga dijual dalam kalangan pelajar sekolah.

Zulkhairi (tengah) memegang pistol tiruan yang dijual tanpa lesen dan permit yang sah dari sebuah premis.
Zulkhairi (tengah) memegang pistol tiruan yang dijual tanpa lesen dan permit yang sah dari sebuah premis.

Artikel Berkaitan:

"Turut disiasat sama ada pistol tiruan berkenaan dijual secara bersemuka kepada pelanggan atau dalam talian menggunakan platform e-dagang.

"Memang sasarannya pelajar, sebab ada kes cikgu menjumpai pelajar bawa pistol mainan ke sekolah dengan alasan nak tembak cicak atau tembak anjing dan sebagainya.

"Risiko boleh digunakan untuk jenayah atau pemerasan.

"Jadi 'air soft' ini memang tidak dibenarkan dijual sebab ia memang menyerupai pistol sebenar," katanya.

Sebahagian pistol tiruan yang dirampas dalam serbuan itu.
Sebahagian pistol tiruan yang dirampas dalam serbuan itu.

Katanya, turut dirampas dua kotak yang mengandungi peluru plastik dan disimpan di dalam stor di belakang premis berkenaan.

"Siasatan lanjut berkenaan kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana kesalahan memiliki dan mengimport senjata tiruan," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!