Ahli keluarga suspek sorok pil kuda dalam najis lembu menjerit, menangis di pekarangan mahkamah

Pengusaha salun dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu tiba di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada Khamis untuk pendakwaan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

PASIR MAS - Suasana hiba menyelubungi pekarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini apabila puluhan ahli keluarga tidak dapat menahan sebak sebaik melihat lima suspek kes dadah tiba menaiki trak polis pada Khamis.

Tangisan dan jeritan memecah keheningan apabila suspek yang terdiri daripada pengusaha salun dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga turun dari trak dalam keadaan bergari sebelum dibawa masuk ke lokap mahkamah.

Ada dalam kalangan ahli keluarga dilihat menangis sambil memanggil-manggil nama suspek.

Pengusaha salon dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta yang disorok dalam najis lembu tiba di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada Khamis untuk pendakwaan. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Kelima-lima suspek berusia antara 25 hingga 39 tahun itu memakai baju lokap berwarna oren dan dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret, berhubung penemuan 35.4 kilogram pil kuda yang disorok dalam najis lembu.

Terdahulu, Sinar Harian pada 3 Julai lalu melaporkan taktik licik sindiket dadah terbabit yang menggunakan najis lembu untuk menyembunyikan dadah terbongkar selepas polis menjalankan enam serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat minggu lalu.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, sindiket itu dipercayai aktif sejak tiga tahun lalu.

Operasi yang dijalankan pada 27 Jun itu berjaya menahan enam individu tempatan termasuk seorang wanita, selain merampas dadah bernilai RM5.04 juta dan menyita aset mewah berjumlah RM1.1 juta termasuk kereta Mustang Ecoboost 2.3, beg tangan berjenama dan barang kemas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!