Ahmad Faizal tiba di Istana Iskandariah

Ahmad Faizal tiba jam 3.05 petang di Istana Iskandariah, di sini hari ini bagi upacara Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13.
Ahmad Faizal tiba jam 3.05 petang di Istana Iskandariah, di sini hari ini bagi upacara Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Ketibaan beliau jam 3.05 petang itu bagi Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13.

Terdahulu, pimpinan Perikatan Nasional terdiri daripada Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tiba lebih awal di Istana Iskandariah bagi menyaksikan istiadat tersebut.

Selain itu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada gabungan tersebut turut dilihat masuk ke pekarangan Istana tersebut antaranya, ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin; ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari; ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan beberapa wakil rakyat lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Faizal dilantik semula Menteri Besar Perak

Tidak dipilih MB Perak, Saarani positif

Turut hadir, Ahli-ahli Dewan Negara Perak, Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak ke-13 disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selepas istiadat itu, Sultan Perak akan menyampaikan titah sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-169.

Artikel Berkaitan: