Lori hilang kawalan punca kemalangan, ragut nyawa kelindan

Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.
Seorang kelindan maut dalam nahas di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) pagi Rabu.
A
A
A

BATU PAHAT - Kemalangan yang meragut nyawa seorang kelindan lori dipercayai berlaku selepas kenderaan dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 79.9, Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan, berhampiran Ayer Hitam, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan kira-kira jam 8.15 pagi itu melibatkan sebuah lori dan treler.

"Siasatan awal Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) mendapati lori dari arah utara dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bersama seorang kelindan warga Pakistan berusia 22 tahun.

"Lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah treler yang sedang berhenti di lorong susur ke arah selatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kemalangan yang meragut nyawa seorang kelindan lori dipercayai berlaku selepas kenderaan dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 79.9, Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan, berhampiran Ayer Hitam, pagi Rabu.
Kemalangan yang meragut nyawa seorang kelindan lori dipercayai berlaku selepas kenderaan dinaikinya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 79.9, Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan, berhampiran Ayer Hitam, pagi Rabu.

Tambah beliau, akibat pelanggaran itu, kelindan lori dikenali sebagai Hossain Sahadat mengalami kecederaan parah di bahagian dada, kepala dan kaki.

Ujarnya, mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Klinik Kesihatan Ayer Hitam.

“Pemandu lori turut mengalami kecederaan di kepala, bahu kiri dan kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya.

Sebelum ini, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Nazrul Rahman Rosdi berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera FRT ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan jam 8.58 pagi.

Menurutnya, lori tersebut membawa muatan aksesori tandas, manakala treler terbabit dipercayai membawa peralatan mixer.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!