Tular pemandu bas ekspres pandu melulu, tunjuk isyarat lucah ketika dihon

KULAI – Aksi berbahaya seorang pemandu bas ekspres yang didakwa memandu secara melulu dan memotong menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 35.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, tular di media sosial.
Menerusi video 26 saat yang dimuat naik di Facebook, pemandu terbabit dilihat berang dan menunjukkan isyarat lucah selepas dihon oleh kenderaan lain yang berada di belakangnya.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video tular itu pada jam 3.42 petang Rabu.
"Video berkenaan menunjukkan bas dipandu seorang lelaki memotong secara berbahaya menggunakan lorong kecemasan.
“Siasatan terhadap pemandu bas terbabit telah dijalankan, namun sehingga kini tiada maklumat diperoleh mengenai pemilik video dan pemandu kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Firdaus Mustaffa di talian 011-26081008 atau hadir sendiri ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.
Menerusi ruang komen, rata-rata pengguna media sosial kesal dengan tindakan pemandu berkenaan yang tidak menghiraukan aspek keselamatan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.
- Iklan -Tok siak dan ‘cleaner’ mengaku salah cuba berzina dalam bilik jenazah
13 Ogos 2026 04:15pmSPRM belum kesan unsur rasuah, penyelewengan dalam pelaburan KWAP
13 Ogos 2026 03:51pmKes tikam pelajar: Remaja sakit mental sejak lima tahun lalu - Doktor pakar
13 Ogos 2026 03:31pmKes tikam pelajar: 'Saya minta maaf sebabkan kematian’
13 Ogos 2026 02:47pmSuami 'angkut' mentua cekup isteri berkhalwat dengan lelaki warga asing
13 Ogos 2026 12:38pmDadah lebih RM18,000 dalam lokap, anggota polis antara ditahan
13 Ogos 2026 10:58amAnggota tentera terkena tembakan rakan di lapang sasar
13 Ogos 2026 06:56amBas ekspres bawa sembilan penumpang rempuh belakang treler
12 Ogos 2026 04:40pm- Iklan -- Iklan -

