Polis kesan pemandu pandu melulu, lawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru

Kereta yang dipandu secara melulu dan membahayakan di Kilometer (KM) 55 Lebuhraya Senai–Desaru.
Kereta yang dipandu secara melulu dan membahayakan di Kilometer (KM) 55 Lebuhraya Senai–Desaru.
A
A
A

KOTA TINGGI – Polis giat menjalankan siasatan bagi mengesan pemandu yang didapati memandu secara melulu dan membahayakan di Kilometer (KM) 55 Lebuhraya Senai–Desaru.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan video dashcam yang dimuat naik di laman Facebook Community Roda Johor.

"Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.31 pagi, Sabtu lalu, dan berdasarkan rakaman video, ia memaparkan sebuah kenderaan jenis BYD Seal berwarna putih dengan nombor pendaftaran SNT4298 memandu melawan arus.

"Malah, kejadian itu turut tular di media sosial menerusi pautan https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=612028005256083&id=100093466671276.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda minimum RM5,000 sehingga maksimum RM15,000.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penguat Kuasa Trafik, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-4793329 bagi membantu siasatan dan mengesan pemandu terbabit.

Polis turut menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas demi keselamatan semua pihak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!