Wanita paling ramai jadi mangsa 'love scam'

Golongan wanita menjadi mangsa tertinggi penipuan love scam. Gambar hiasan
Golongan wanita menjadi mangsa tertinggi penipuan love scam. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan wanita menjadi mangsa tertinggi penipuan love scam apabila mencatatkan 60 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan pada Januari lalu, berbanding lelaki sebanyak 40 peratus.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan, berdasarkan statistik, sebanyak 100 kes direkodkan pada Januari berbanding 95 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

"Statistik perbandingan itu menunjukkan peningkatan lima kes atau kira-kira 5.3 peratus dari segi jumlah laporan.

“Jumlah kerugian yang direkodkan pada Januari lalu adalah sebanyak RM3.5 juta, menunjukkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding jumlah kerugian RM4.9 juta pada Januari tahun lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, seramai 72 peratus mangsa berusia antara 30 hingga 50 tahun, sekali gus menunjukkan kumpulan umur paling terdedah kepada sindiket penipuan berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati terhadap individu tidak dikenali yang menjalin hubungan secara dalam talian dan segera menghubungi talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Golongan wanita merupakan mangsa tertinggi penipuan love scam dengan 60 peratus dari keseluruhan kes
  • Sebanyak 100 kes love scam direkodkan pada Januari, meningkat dari 95 kes pada tahun sebelumnya
  • Jumlah kerugian pada Januari lalu adalah RM3.5 juta, menurun 27 peratus berbanding RM4.9 juta pada Januari tahun lalu
  • Mangsa penipuan love scam kebanyakannya berusia antara 30 hingga 50 tahun
  • Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan individu tidak dikenali dalam talian dan menghubungi talian 997 jika menjadi mangsa penipuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!