Kolam tadahan dibina elak minyak cemari Sungai Tebrau

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mengambil langkah kawalan meminimumkan kesan pencemaran sungai dengan memasang oil boom.- Foto JAS Johor Gambar kecil: Mohd Jafni
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah mengambil langkah kawalan meminimumkan kesan pencemaran sungai dengan memasang oil boom.- Foto JAS Johor Gambar kecil: Mohd Jafni
A
A
A

PONTIAN – Kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan membina kolam tadahan sementara bagi mengelakkan pencemaran minyak ke Sungai Tebrau susulan kebakaran yang membabitkan lima premis kilang di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, dekat Masai pada Sabtu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pembinaan kolam takungan itu merupakan hasil perbincangan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kita dapati terlalu banyak minyak di lokasi kebakaran dan kita bimbang ia akan mengalir ke Sungai Tebrau. Jadi, tindakan awal yang diambil ialah membina kolam tadahan dalam kawasan kejadian.

“Semua minyak dan air kumbahan dari parit berdekatan akan disedut dan disalurkan ke kolam ini terlebih dahulu sebelum tindakan pelupusan selanjutnya dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kerja-kerja penahanan tumpahan turut melibatkan pemasangan penghadang minyak untuk menyekat aliran ke saluran utama air.

“Kita juga akan memanggil kontraktor bagi proses penyedutan sisa minyak yang tertinggal bagi mengelakkan sebarang pencemaran yang lebih besar,” katanya.

Kebakaran pada tengah hari Sabtu itu telah memusnahkan tiga premis dan 15 kenderaan, melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, berhampiran Taman Megah Ria, dekat Masai.

Timbalan Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, PgKB II Rosfarawadi Ismani Ismail, berkata walaupun operasi berada di peringkat overhaul, masih terdapat bara api yang tersembunyi di bawah timbunan struktur dan barangan logam di lokasi kejadian.

“Anggaran baki kerja-kerja pemadaman yang perlu dilakukan adalah sebanyak 10 peratus.

Artikel Berkaitan:

“Faktor kesukaran ialah struktur timbunan barangan besi yang menyukarkan medium pemadaman mencapai terus ke punca api,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!