Rayuan SIS: Tamatkan keresahan umat Islam - Amidi

Laporan Sinar Harian mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa ‘fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme agama’ yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor adalah sah. Gambar kecil: Amidi
Laporan Sinar Harian mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa ‘fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme agama’ yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor adalah sah. Gambar kecil: Amidi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengambil tindakan proaktif susulan keputusan mahkamah berhubung pemakaian fatwa terhadap sebuah organisasi berdaftar yang mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Amidi Abdul Manan berkata, penghakiman yang dibuat pada Khamis memberi kesan besar walaupun tidak melibatkan fatwa secara keseluruhan.

Menurutnya, keputusan itu boleh menjejaskan fungsi sebenar fatwa yang sepatutnya menjadi panduan penting dalam kehidupan umat Islam.

“Pertikaian antara perundangan syariah dan sivil akan terus berlaku. Setiap kali ia terjadi, umat Islam di Malaysia akan resah tentang sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan kekecewaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur berhubung pertikaian terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor, yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Panel empat hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan serta membenarkan rayuan perayu, setakat mana ia berkaitan dengan pemakaian fatwa terhadap pertubuhan dan institusi.

Dalam pada itu, Amidi berkata, perkara tersebut juga boleh membawa kepada penghakisan kepercayaan terhadap keutuhan sistem perundangan negara dalam menjamin kedudukan undang-undang syariah.

“Ia boleh melarat sehingga menghakis kepercayaan umat Islam terhadap keutuhan perundangan negara dalam menjamin kedaulatan undang-undang syariah.

Artikel Berkaitan:

“Pihak perundangan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara sepatutnya menggunakan keterbukaan Majlis Raja-Raja untuk berbincang, bagi mengelakkan salah faham dan menamatkan keresahan umat Islam,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!