X

Kindly register in order to view this article
!

Syarikat pelaburan sumbang 500,000 topeng muka percuma

Nicky Liow (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan 2,000 topeng muka kepada Sang Sang (tiga dari kanan) di pejabatnya di Bandar Puteri, Puchong.
A
A

PUCHONG - Bagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat membantu Kementerian Kesihatan mengekang penyebaran koronavirus (Covid-19), sebuah syarikat pelaburan tampil mengedarkan 500,000 topeng muka secara percuma.

Pengerusi Winner Dynasty Group Sdn Bhd, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee berkata, sebelum ini syarikatnya menyumbangkan lebih 1 juta topeng muka kepada rakyat negara China selepas wabak itu mula dikesan dan menyebabkan kematian.

Menurutnya, beliau rasa terpanggil untuk mengagihkan sumbangan selepas mendapati virus berkenaan mula menular di negara ini dan ramai yang merungut kesukaran mendapatkan topeng tersebut.

"Saya terpanggil untuk memberi bantuan topeng muka selepas membaca titah Yang di-Pertuan Agong supaya ada pihak menghulurkan sumbangan kepada masyarakat.

“Sumbangan ini akan mula diagihkan kepada pelajar sekolah dan komuniti sekitar Puchong terlebih dahulu kerana saya dimaklumkan ada beberapa kes dilaporkan di sini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Bandar Puteri di sini.

Dalam majlis sama, beliau turut menderma 2,000 topeng muka kepada Naib Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khen Chee Puchong, Chia Sang Sang.

Dalam perkembangan sama, beliau kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menaikkan harga topeng muka dua kali ganda berbanding harga kawalan.

Menurutnya, beliau membeli topeng muka dengan harga RM1.70 sedangkan harga maksimum ditetapkan adalah 80 sen.

“Saya kesal kerana ada pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga topeng berkenaan sedangkan tujuan saya membelinya dalam kuantiti banyak adalah untuk diagihkan kepada golongan memerlukan bukan untuk dijual semula.

“Saya harap pihak kerajaan memantau harga jualan topeng muka di pasaran dan mengambil tindakan kepada mereka yang sesuka hati menaikkan harganya,” katanya.

Dalam pada itu, Nicky Liow turut menggesa mana-mana pihak termasuk syarikat korporat atau pertubuhan bukan kerajaan sama-sama membantu mengatasi penyebaran virus Covid-19 dengan memberikan sumbangan yang diperlukan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!