Covid-19: Individu dikuarantin berisiko hadapi masalah mental

Jalan raya di sekitar bandar Wuhan lengang susulan ancaman Covid-19. - Foto AFP
Jalan raya di sekitar bandar Wuhan lengang susulan ancaman Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Pakar terapi, kaunselor hotline dan kumpulan kesihatan dalam talian di China sedang berusaha menampung permintaan yang semakin meningkat untuk bantuan emosi apabila koronavirus (Covid-19) mengubah kehidupan normal penduduk secara drastik.

Kekurangan penyedia kesihatan mental memburukkan lagi masalah di negara itu apabila langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini untuk membendung wabak telah menyebabkan puluhan juta individu dikuarantin.

"Setiap hari kita menerima kira-kira 20 panggilan. Ada yang melihat ahli keluarga mereka menderita kerana tidak mendapat akses ubat pada hari-hari awal virus dikesan dan apabila tidak mempunyai katil yang mencukupi.

"Kebanyakan panggilan ialah daripada pesakit Covid-19 yang bimbang tentang hasil yang perlahan selepas rawatan perubatan atau mereka yang cemas akan dijangkiti wabak," kata ahli psikologi, Xu yang bertugas di sebuah hospital di Wuhan.

Apabila krisis berpanjangan dan perintah kuarantin kekal, kebanyakan individu mula bergelut dengan banyak ketidakpastian sepanjang tempoh mereka diasingkan.

Menurut profesor psikiatri di Universiti Melbourne, Chee Ng, ia seterusnya menimbulkan kebosanan, kesepian dan kemarahan.

"Semakin lama dikuarantin, kesihatan mental seseorang itu akan bertambah buruk," katanya.

Pasukan perubatan barisan hadapan juga tidak terkecuali menanggung tekanan mental yang disebabkan oleh Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Menurut Suruhanjaya Kesihatan China, lebih 300 hotline telah diwujudkan oleh universiti, kerajaan tempatan dan organisasi kesihatan mental. - AFP