Cinta beza usia 45 tahun, datuk 75 tahun bakal nikahi pempengaruh

Pasangan berkenaan merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas perayaan Navratri. Foto: Agensi
Pasangan berkenaan merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas perayaan Navratri. Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki berusia 75 tahun mencuri perhatian selepas bertunang dengan pempengaruh media sosial berusia 30 tahun di daerah Auraiya, Uttar Pradesh, India.

Menurut laporan media tempatan, pasangan dikenali sebagai Ram Sagar dan Reena Rajput itu melangsungkan pertunangan kira-kira seminggu lalu dalam sebuah majlis ringkas.

Ram Sagar dilaporkan kehilangan isterinya kira-kira tujuh tahun lalu, perkara yang turut disahkan oleh anak perempuannya, Radha.

Difahamkan, Reena mula mengenali lelaki tersebut melalui Radha yang juga aktif menghasilkan kandungan media sosial.

Hubungan mereka semakin rapat selepas Reena kerap mengunjungi kediaman keluarga berkenaan untuk menghasilkan video bersama.

Pertemuan itu akhirnya membawa kepada hubungan cinta sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkahwin.

Reena menegaskan perbezaan usia 45 tahun bukan penghalang dan menyatakan dirinya gembira dengan keputusan tersebut.

Sementara itu, Radha memaklumkan keluarganya menerima hubungan berkenaan dan sedang membuat persiapan perkahwinan.

Pasangan itu dilaporkan merancang melangsungkan perkahwinan selepas perayaan Navratri, namun tarikh sebenar belum ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Kisah cinta mereka menjadi tular selepas rakaman pertunangan dikongsikan di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi pengguna internet. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!