Kapal bantuan Gaza dipintas, Greta Thunberg antara 12 aktivis ditahan Israel

Greta Thunberg
Greta Thunberg
A
A
A

JERUSALEM – Aktivis iklim terkenal dunia, Greta Thunberg antara 12 aktivis kemanusiaan yang ditahan tentera rejim zionis Israel selepas kapal mereka yang membawa bantuan ke Gaza dipintas dan diarahkan ke pelabuhan Ashdod, pada Isnin.

Kapal yang membawa muatan bantuan penting seperti susu bayi, makanan dan ubat-ubatan itu disekat ketika cuba memasuki wilayah Gaza yang kini berada di ambang kebuluran terburuk sejak Perang Dunia Kedua akibat sekatan berterusan dan serangan ketenteraan Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, semua aktivis terbabit telah dibawa ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan sebelum dijangka ditahan sementara di kem tahanan Ramle dan seterusnya akan dihantar pulang ke negara masing-masing.

Gambar Thunberg selepas turun dari kapal turut tular di media sosial milik kerajaan Israel.

Kumpulan aktivis dari Freedom Flotilla Coalition itu menyifatkan tindakan Israel sebagai penculikan dan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Kapal ini telah dirampas secara tidak sah.

"Kru awam yang tidak bersenjata telah diculik dan kargo bantuan yang sangat diperlukan rakyat Gaza telah dirampas,” tegas mereka dalam satu kenyataan rasmi.

Difahamkan, kesemua aktivis terbabit menyertai misi kemanusiaan itu sebagai tanda protes terhadap kempen ketenteraan Israel di Gaza - antara yang paling dahsyat dan memusnahkan sejak era Perang Dunia Kedua.

Artikel Berkaitan:

Kekejaman berterusan itu bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa, malah meletakkan lebih dua juta penduduk Palestin dalam krisis kemanusiaan yang semakin meruncing, dengan laporan menyebut ramai berdepan kebuluran dan kekurangan rawatan perubatan asas. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!