Nahas pelajar UPSI: Mi celup air tangan terakhir Wan Nur Suhaila

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Wan Muhammad Sham (kiri) di Hospital Gerik pada Isnin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Wan Muhammad Sham (kiri) di Hospital Gerik pada Isnin.
A
A
A

GERIK - Mi celup yang dimasak Allahyarham Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, yang maut dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini menjadi menu terakhir dihidangkan kepada ahli keluarganya.

Abang mangsa, Wan Muhammad Sham Wan Muhammad, 31, berkata, sebelum kejadian semua ahli keluarga berkumpul sempena Hari Raya Aidiladha.

Menurutnya, mereka bertemu buat kali terakhir pada malam Ahad sebelum Allahyarham menaiki bas untuk pulang ke kampus.

"Kebetulan semua adik-beradik berkumpul di rumah mak. Jadi pagi itu (Ahad), Kak La (Wan Nur Suhaila) buat mi celup, dia sendiri yang masak untuk kami sebelum balik.

"Lebih kurang jam 3 pagi, mak beritahu adik kemalangan, bila sampai ke hospital baru tahu dia meninggal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Gerik di sini pada Isnin.

Wan Muhammad Sham berkata, adiknya yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik itu sedang menuntut dalam jurusan Sastera semester keempat di universiti berkenaan.

Menurutnya, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Jertih, Terengganu untuk dikebumikan selepas selesai urusan di Unit Forensik Hospital Gerik.

Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di JRTB Gerik-Jeli, Gerik awal pagi Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!