Penduduk Gaza rai Aidiladha kedua di bawah hujan bom

Ketibaan Aidiladha tidak membawa sebarang makna kerana penduduk Gaza sedang bergelut dengan krisis kelaparan. Foto AFP
Ketibaan Aidiladha tidak membawa sebarang makna kerana penduduk Gaza sedang bergelut dengan krisis kelaparan. Foto AFP
A
A
A

GENTING GAZA – Ketibaan Aidiladha sekali lagi tidak membawa sebarang makna kepada penduduk Palestin di Genting Gaza berikutan kempen pengeboman ganas yang masih sengit di wilayah itu.

Penduduk Palestin terpaksa menyambut Aidiladha kedua dalam suasana perang, di tengah-tengah krisis kelaparan yang semakin meruncing setelah Zionis menggunakan makanan sebagai ‘senjata’, selain pusat bantuan dijadikan sebagai ‘perangkap maut’.

Penggembala lembu, Abu Hatim al-Zarqa, memberitahu bahawa tiada penghantaran bekalan ternakan sejak 7 Oktober 2023, malah beliau bergelut untuk mendapatkan bekalan makanan bagi haiwan ternakannya.

“Jualan haiwan korban tidak mencukupi untuk menampung permintaan penduduk Gaza. Selain itu, ramai yang tidak berkemampuan kerana harganya melambung tinggi,” jelasnya lagi.

Penduduk Palestin yang berpindah-randah beberapa kali sejak hampir 20 bulan lalu juga tidak lagi merasakan kegembiraan menyambut Aidiladha kerana mereka sendiri bergelut untuk mengisi perut.

Difahamkan, harga sayur-sayuran dan daging melonjak sehingga menyebabkan ramai yang tidak dapat menikmati sumber protein itu selama beberapa bulan. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!