Makkah alami fenomena penjajaran bulan tepat atas Kaabah malam ini

Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi 2026 pada malam Sabtu iaitu bulan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah. Gambar hiasan
Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi 2026 pada malam Sabtu iaitu bulan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah. Gambar hiasan
A
A
A

JEDDAH - Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi 2026 pada malam Sabtu iaitu bulan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Ketua Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahra berkata, ketika momen penjajaran, bulan akan berada pada jarak 374,187 kilometer (km) daripada Bumi dengan pencahayaan 91 peratus.

Ia bertepatan dengan kedudukannya yang sejajar gugusan bintang al-Nathra dalam buruj Cancer.

Fenomena cakerawala itu membolehkan pemerhati di seluruh dunia menentukan arah kiblat dengan tepat.

Hanya dengan melihat ke arah bulan pada waktu ia melintasi meridian Makkah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi 2026 pada malam Sabtu di atas Kaabah
  • Ketua Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahra mengatakan bulan akan berada pada jarak 374,187 kilometer daripada Bumi
  • Pencahayaan bulan pada ketika itu adalah 91 peratus
  • Penjajaran ini berlaku bersamaan dengan posisi bulan sejajar gugusan bintang al-Nathra dalam buruj Cancer
  • Fenomena ini membolehkan pemerhati menentukan arah kiblat dengan tepat hanya dengan melihat ke arah bulan saat melintasi meridian Makkah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!