Penjara lima tahun jika langgar arahan kuarantin

Pihak berkuasa kesihatan memeriksa pemandu yang mahu menjalani ujian pemeriksaan 'drive-in' di Nuertingen di selatan Jerman. - Foto AFP
Pihak berkuasa kesihatan memeriksa pemandu yang mahu menjalani ujian pemeriksaan 'drive-in' di Nuertingen di selatan Jerman. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Amaran tahap tertinggi dikuatkuasakan di Rusia selepas pihak berkuasa mula menguatkuasakan langkah tambahan untuk membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) selepas 15 kes jangkitan dilaporkan.

Kelmarin, Dewan Perbandaran Moscow mengumumkan amaran tegas terhadap mana-mana individu yang gagal untuk melakukan langkah kuarantin sendiri di rumah selama dua minggu selepas kembali dari negara terjejas wabak tersebut.

Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

“Arahan ini berkuat kuasa kepada mereka yang pulang dari China, Korea Selatan, Iran, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol serta negara berisiko lain,” jelas Dewan Perbandaran Moscow dalam satu kenyataan.

Difahamkan, langkah pengasingan sendiri itu akan turut dipantau menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV). - Agensi

Artikel Berkaitan: