Saya berserah pada ALLAH SWT, kata Muhyiddin

Muhyiddin ketika sidang media khas pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya, hari ini. FOTO: ROSLI TALIB
Muhyiddin ketika sidang media khas pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya, hari ini. FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - "Sekali lagi pada ALLAH SWT saya berserah atas ijtihad saya," demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin meluah kata-kata itu ketika mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Katanya, beliau tawakal dan mengharapkan bantuan ALLAH SWT ketika memutuskan senarai anggota Kabinet yang ditadbirnya itu.

"Saya dengan ini akan mengumumkan senarai nama anggota Kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya untuk kemaslahatan negara.

"Sedaya mungkin saya dalam pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman ALLAH dalam Surah al-Qasas ayat 26," katanya.

Artikel Berkaitan: