Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki maut dalam satu nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 2.1 Lebuhraya Linkedua, di Iskandar Puteri, pada Jumaat malam. Gambar hiasan
Seorang lelaki maut dalam satu nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 2.1 Lebuhraya Linkedua, di Iskandar Puteri, pada Jumaat malam. Gambar hiasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut dalam satu nahas membabitkan tiga kenderaan termasuk motosikal yang ditunggangnya, di Kilometer 2.1 Lebuhraya Linkedua, di sini, pada Jumaat malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 9.05 malam, melibatkan sebuah kereta dan dua buah motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa, berusia 33 tahun, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna merah, hilang kawalan ketika bergerak lurus di lorong kiri dan melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis BMW yang berada di lorong tengah.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan topi keledar mangsa tercabut dan mangsa tercampak ke bahagian kiri jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru, mengakibatkan mangsa terbabas,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan membahayakan.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!