Tiket 'sold out’ dalam 2 jam, Inteam buka hari kedua?

Pengumuman tentang penjualan tiket yang habis dibeli dalam tempoh dua jam.
Pengumuman tentang penjualan tiket yang habis dibeli dalam tempoh dua jam.
A
A
A

SHAH ALAM - Konsert Kasih Kekasih Inteam sempena 25 tahun penubuhan kumpulan nasyid terkenal itu mendapat sambutan hangat apabila berjaya habis terjual hanya dalam tempoh dua jam.

Dalam perkongsian di Instagram rasmi mereka, kumpulan itu turut memohon maaf kepada yang tidak berjaya mendapatkan tiket.

“Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun ‘sold out’ dalam masa dua jam. Terima kasih atas sokongan padu semua. Mohon maaf kepada yang tak berjaya,” menurut kenyataan itu.

Inteam yang terkenal dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Nur Kasih akan menganjurkan konsert di Zepp KL pada 27 September depan, yang boleh menampung kapasiti kira-kira lebih 2,000 pengunjung.

Pelbagai ragam peminat yang mula berlatih untuk ke konsert Inteam.
Pelbagai ragam peminat yang mula berlatih untuk ke konsert Inteam.

Kumpulan itu dianggotai oleh empat orang iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman.

Bagaimanapun, menerusi status terbaru di media sosial Inteam, kumpulan itu memberi bayangan akan mengadakan hari kedua konsert setelah mendapat permintaan tinggi daripada peminat kumpulan nasyid itu.

“Malam kedua bagi Konsert Kasih Kekasih 2nd Night?” mengikut perkongsian terbaru kumpulan itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di media sosial, peminat-peminat Inteam sudah mula berkongsi keterujaan untuk turut serta memeriahkan konsert tersebut.

Lebih melucukan, ada yang mengaitkan Geng Avanza hijau, iaitu kenderaan yang biasanya dikaitkan dengan golongan ustaz dan ustazah sudah tidak sabar untuk berkonvoi ke konsert tersebut.

Malah, ada yang berkongsi latihan cara menggunakan ‘sugistick’, iaitu kayu sugi bagi menggantikan ‘stick’ lampu yang biasa digunakan pada konsert.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!