KDK Malaysia lancar siri baharu kipas siling RYOU sempena ulang tahun ke-115

KDK Malaysia melancarkan inovasi terbaharu kipas siling Siri RYOU sempena ulang tahunnya yang ke-115.
KDK dalam satu kenyataan berkata, rangkaian kipas siling berteknologi motor pantas arus terus (DC) itu bukan sahaja menjimatkan tenaga tetapi tampil dengan reka bentuk elegan sesuai untuk kediaman moden.
Menurutnya, siri tersebut hadir dalam dua pilihan iaitu empat bilah dan lima bilah dengan kemasan mewah elegant grey serta brown yang mampu menaikkan bentuk dalaman rumah.
“Lebih dari satu abad KDK akan terus berusaha dalam mempertingkatkan kualiti harian melalui penyelesaian kipas yang canggih dan menjimatkan tenaga.
“Siri ini menjanjikan aliran angin yang kuat dengan penggunaan elektrik minimum selain pilihan ideal untuk pengguna menjimatkan tenaga dan kelestarian alam.
“Majlis pelancaran ini turut menampilkan rangkaian kipas motor DC sedia ada yang menjadi kegemaran ramai seperti Siri Sensa dan Siri Nodoka, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju dalam teknologi kipas DC di pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Meraikan Ulang Tahun KDK ke-115 dan Majlis Pelancaran Kipas Siling Siri RYOU, di IOI City Mall, pada Selasa.
Turut hadir Pengurus Kanan Pemasaran KDK, Goh Chai Leng; Pengurus Besar Pemasaran & Perkhidmatan KDK, Alan Ooi; Pengarah KDK, Testuya Yoshida; Ketua Pegawai Eksekutif KDK, Kazumichi Kawasaki; Pengarah Jualan PMMA, Siew Pui Ling dan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan KDK, Jangzi Mak.
Sebelum ini, KDK telah diiktiraf sebagai pelopor dalam bidang teknologi kipas dan sistem pengudaraan.
Dengan lebih 100 tahun kepakaran kejuruteraan, KDK terus mendahului dalam aspek keselesaan, kelestarian dan mampu milik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!