Setiap 4 telefon habis terjual, 1 adalah HONOR

HONOR sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan apabila melancarkan siri HONOR 400 secara rasmi di Malaysia. Dengan harga permulaan RM1,899, siri ini hadir bukan sekadar sebagai pilihan mampu milik, tetapi turut mencabar telefon flagship dengan pelbagai teknologi terkini - terutamanya dalam aspek AI dan keupayaan kamera.
Mengimbas kembali pelancaran HONOR 50 pada 2021, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR South Pacific, Justin Li, mendedahkan bahawa sasaran mereka adalah jelas, iaitu menjadi jenama teknologi mid-to-high-end nombor satu dalam tempoh tiga tahun. Dan kini, menurut data terkini daripada pihak ketiga, HONOR berjaya mencapai status itu.
“Dalam lingkungan harga antara RM1,500 hingga RM3,000, setiap empat telefon yang terjual, satu adalah HONOR. Ini bukan sekadar angka.
“Ini adalah bukti jenama kami kini berada dalam kalangan jenama terunggul di segmen mid-premium,” ujar beliau.

Dalam dunia telefon pintar yang semakin sesak dengan persaingan harga dan spesifikasi, HONOR nampaknya memilih untuk “overdeliver” – iaitu beri lebih banyak ciri flagship pada harga pertengahan, dan hasilnya agak mengejutkan.
Kamera 200MP Dan AI Super Zoom
HONOR 400 Pro hadir dengan kamera utama 200MP, sensor besar 1/1.4 inci dan lensa telefoto 50MP. Ia adalah satu kombinasi yang sebelum ini hanya boleh ditemui pada telefon melebihi RM4,000.
Tambah lagi dengan teknologi AI Super Zoom sehingga 50x, ia menjadikan HONOR 400 Pro antara telefon pertengahan terawal yang bukan sahaja boleh merakam gambar jarak jauh, malah kekal tajam dan stabil.

Menariknya, jurugambar profesional seperti Nazer Noor turut mengakui bahawa kualiti gambar yang dihasilkan ‘setanding peranti flagship’, terutamanya dalam penghasilan potret dan landskap malam.
Dalam sesi pratonton tertutup yang dikendalikan HONOR, apa yang lebih mencuri tumpuan bukan hanya pada sensor kamera semata-mata, tetapi pada perisian AI yang dibina dalam sistem kamera itu sendiri.
Fungsi seperti AI Eraser 2.0, AI Cutout, dan AI Outpainting memberikan pengalaman suntingan imej seakan Adobe Photoshop – tetapi semua dilakukan terus dalam telefon.
Lebih menarik, ciri AI Image-to-Video membolehkan pengguna hasilkan video automatik daripada sekumpulan foto, menggunakan pemprosesan berasaskan Google Cloud AI.
Teknologi AI dalam telefon bawah RM3,000
HONOR 400 juga dilengkapi pelbagai alat produktiviti AI yang jarang kita lihat dalam telefon kategori ini. Empat fungsi - AI Summary, AI Minutes, AI Format dan AI Correction; direka khas untuk memudahkan pengguna profesional, pelajar atau siapa sahaja yang perlu urus mesyuarat dan dokumen harian.

Tambahan pula, Gemini AI daripada Google turut terbina dalam MagicOS 9.0, menjadikan HONOR 400 sebagai antara peranti pertama di Malaysia yang menyokong interaksi penuh dengan pembantu AI generatif berasaskan cloud untuk menulis, merancang, menyusun idea, bahkan brainstorm secara langsung.
HONOR turut mengetengahkan fungsi AI Live Translation, yang boleh menterjemah perbualan secara masa nyata ketika melakukan panggilan antara dua bahasa berbeza, sesuatu yang pasti menarik perhatian pengguna global atau pelancong tegar.
Tidak cukup dengan itu, satu lagi ciri unik ialah AI Deepfake Detection, yang membolehkan telefon ini mengesan kandungan palsu seperti video yang dimanipulasi secara langsung dalam peranti, bukan di awan. Ciri ini bukan sahaja menjadikan HONOR mendahului pesaing dari segi keselamatan digital, malah memberi mesej jelas bahawa AI bukan sekadar gimik.
Bateri gergasi, skrin terang dengan pengecas pantas
Spesifikasi perkakasan juga tidak mengecewakan. HONOR 400 Pro hadir dengan bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 50W dan paparan 1.5K AMOLED 120Hz dengan kecerahan puncak 5,000 nits, Ini bermakna ia menjadikannya salah satu skrin tercerah dalam mana-mana peranti Android setakat ini. Tambah lagi dengan penarafan IP68 dan IP69, HONOR 400 Pro bukan hanya cantik, tetapi juga tahan lasak.

HONOR 400 pula hadir dalam dua piliha; 256GB pada RM1,899 dan 512GB pada RM2,199, kedua-duanya dilengkapi 24GB RAM (termasuk 12GB RAM maya). Versi Pro yang menawarkan 512GB storan dan spesifikasi penuh pula dijual pada harga RM2,699.
Tawaran gempak, wajib buat pra tempahan!
Sebagai tawaran pelancaran, pengguna yang membuat pra-tempahan sebelum 29 Mei 2025, jam 3 petang akan menerima hadiah eksklusif.
Antaranya termasuk kamera Fujifilm Instax Mini LiPlay untuk pembeli HONOR 400 Pro dan fon kepala HONOR Choice ANC untuk pembeli HONOR 400 biasa. Lebih menarik, pembeli varian HONOR 400 256GB juga akan menerima naik taraf storan percuma ke 512GB, menjadikan penawaran ini antara yang paling kompetitif dalam pasaran ketika ini.

Setakat ini, HONOR boleh dikatakan sudah berjaya mencipta momentum pasaran yang jarang dicapai oleh jenama bukan ‘Big Three’ di Malaysia.
Fakta bahawa 1 daripada setiap 4 telefon yang dijual dalam lingkungan RM1,500 ke RM3,000 kini adalah HONOR, sudah cukup menunjukkan bahawa jenama ini bukan lagi underdog, malah mungkin calon serius untuk menggugat dominasi jenama besar dalam jangka masa terdekat.
HONOR 400 Series akan mula dijual di seluruh negara bermula 30 Mei 2025. Buat pengguna yang inginkan telefon pertengahan dengan aspirasi flagship, kamera berkualiti profesional, serta integrasi AI yang benar-benar berguna. Bukan sekadar syok sendiri tetapi HONOR 400 adalah antara pilihan paling masuk akal di pasaran sekarang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!