Maqis Pulau Pinang rampas produk ikan sejuk beku mengandungi DNA babi

Antara produk sejuk beku yang dirampas oleh Maqis kerana mempunyai DNA babi.
Antara produk sejuk beku yang dirampas oleh Maqis kerana mempunyai DNA babi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk produk ikan sejuk beku yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dan ayam dari negara China.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, barang dagangan itu ditahan di Pintu Masuk Maqis North Butterworth Container Terminal (NBCT), di sini, pada Selasa.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan hasil pemeriksaan pegawai penguatkuasa Maqis yang mendapati dokumen import dagangan mengandungi maklumat yang mengelirukan.

"Barangan yang diisytiharkan sebagai Frozen Cuttlefish Intestines berbentuk sosej sejuk beku, Frozen Cuttlefish Balls, dan Frozen Cuttlefish Tofu telah disahkan melalui analisis oleh Jabatan Kimia Malaysia bahawa produk tersebut mengandungi DNA babi dan ayam di mana ia bercanggah dengan deklarasi asal dalam dokumen import.

Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan produk yang dibawa masuk dari China.
Pegawai Maqis melakukan pemeriksaan produk yang dibawa masuk dari China.

"Konsainan dagangan seberat 51.3 tan dengan nilai keseluruhan RM63,534.57 ini disita sepanjang tempoh siasatan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengemukakan maklumat palsu, tidak tepat, atau mengelirukan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Muhammad Ikram berkata, pengimport telah dikenakan kompaun dan barangan dagangan telah dilupuskan mengikut tindakan penguatkuasaan yang diperuntukkan di bawah akta sama.

Tegasnya, menjadi tanggungjawab Maqis bagi memastikan pengimportan makanan ke dalam negara diyakini selamat dengan pengisytiharan maklumat pengimportan yang sahih.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran syarat dan cubaan membawa masuk produk makanan yang akan menjejaskan keselamatan dan keterjaminan makanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!