PDRM beku 150 akaun keldai terlibat sindiket perjudian dalam talian di Pulau Pinang

Kon Yeow.
Kon Yeow.
A
A
A

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan lebih 150 akaun keldai yang dipercayai terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian di Pulau Pinang, melibatkan jumlah wang melebihi RM32 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, tindakan tersebut adalah hasil daripada operasi berterusan seperti Ops Dadu yang dilaksanakan oleh pihak polis bagi menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian (scam).

Menurut beliau, berdasarkan rekod statistik PDRM, sebanyak 2,337 aduan berkaitan aktiviti perjudian dan promosi perjudian dalam talian telah direkodkan sepanjang tahun 2023, dengan 2,681 tangkapan dilakukan dan 1,390 pertuduhan dikemukakan di mahkamah.

“Bagi tahun 2024 pula, sebanyak 1,510 kes telah direkodkan, melibatkan 1,810 tangkapan dan 1,084 pertuduhan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Joseph Ng Soon Siang (DAP-Air Itam) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, pada Khamis.

Kon Yeow (DAP–Padang Kota) berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan mengenai statistik aduan, tangkapan, tindakan, pendakwaan dan hukuman yang dikenakan terhadap kegiatan promosi serta perjudian dalam talian di negeri ini.

Tambah beliau, bagi tempoh sehingga Mac tahun ini sahaja, sebanyak 485 kes berkaitan perjudian dalam talian dan promosi perjudian telah direkodkan, melibatkan 542 tangkapan dan 255 pertuduhan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!