Polis nafi dakwaan tular penemuan mayat Pamela Ling

Dakwaan yang tular di portal berita tempatan berkenaan penemuan mayat yang dikaitkan dengan kes individu hilang, Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya adalah palsu.
Dakwaan yang tular di portal berita tempatan berkenaan penemuan mayat yang dikaitkan dengan kes individu hilang, Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya adalah palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan yang tular di portal berita tempatan berkenaan penemuan mayat yang dikaitkan dengan kes individu hilang, Datin Seri Pamela Ling Yueh, di sebuah rumah di Petaling Jaya adalah palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tiada laporan polis diterima berkaitan dakwaan tersebut.

Katanya, polis menegaskan bahawa menyebarkan berita palsu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Polis Selangor mengingatkan masyarakat agar hanya merujuk kepada sumber rasmi dalam mendapatkan maklumat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Hussein, kerjasama orang ramai dalam mengekang penyebaran berita tidak sahih amat dihargai bagi memastikan ketenteraman serta kelancaran proses siasatan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa keberadaan Pamela Ling, yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu, masih belum dapat dipastikan sama ada beliau berada dalam negara atau telah dibawa keluar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dilaporkan berkata bahawa semakan berdasarkan rekod semasa menunjukkan tiada sebarang pergerakan keluar negara dikesan melibatkan wanita itu.

Polis setakat ini telah merakam keterangan daripada 27 saksi berkaitan kes ini.

Artikel Berkaitan:

Pada 5 Mei lalu, media melaporkan bahawa polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh, termasuk dakwaan bahawa Pamela dilarikan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!