Interpol atur rakam percakapan anak Pamela Ling

CHERAS - Sebanyak 25 rakaman percakapan saksi telah dirakam berhubung kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh, 42, yang diculik semasa dalam perjalanan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua rakaman percakapan saksi itu diperoleh sehingga Sabtu.
Beliau berkata, rakaman percakapan saksi melibatkan anak mangsa juga akan dibuat dalam masa terdekat.
"Rakaman percakapan anak-anak mangsa sedang diatur oleh pihak Polis Antarabangsa (Interpol) untuk dirakam di Kedutaan Malaysia di Singapura dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kata beliau, pihak polis juga sudah berjaya melengkapkan lakaran wajah atau foto fit suspek berdasarkan maklumat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Jelasnya, lakaran wajah suspek sudah diperoleh dah hasil padanan foto fit adalah 40 peratus.
Menurutnya, lakaran foto fit itu melibatkan seorang suspek sahaja.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!