JSJK nafi kaitan dengan iklan tawaran pulang wang

Iklan yang dikesan oleh JSJK Bukit Aman.Gambar kecil: Muhammed Hasbullah
Iklan yang dikesan oleh JSJK Bukit Aman.Gambar kecil: Muhammed Hasbullah
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menafikan sebarang penglibatan dengan satu hantaran iklan di Facebook yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang yang telah ditipu.

Pemangku Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, iklan berkenaan turut memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan perkataan “Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)” bagi mengaburi mata orang ramai.

“Pautan kepada hantaran tersebut dikesan menggunakan identiti JSJK tanpa kebenaran, sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Muhammed Hasbullah menegaskan bahawa JSJK tidak pernah mengeluarkan sebarang iklan sedemikian dan menyifatkannya sebagai palsu serta merupakan satu cubaan penipuan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana tawaran seumpama itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!