Ada lagi kilang e-waste haram beroperasi - Bukit Aman

Masih terdapat beberapa lagi premis haram e-waste beroperasi biar pun serbuan telah dilaksanakan serentak di seluruh negara, sejak Sabtu lalu. Gambar hiasan
Masih terdapat beberapa lagi premis haram e-waste beroperasi biar pun serbuan telah dilaksanakan serentak di seluruh negara, sejak Sabtu lalu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia mengesan terdapat beberapa lagi premis haram e-waste beroperasi biar pun serbuan telah dilaksanakan serentak di seluruh negara, sejak Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, pihaknya telah menyerbu 47 kilang melibatkan 23 batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di seluruh negara.

"Kegiatan memproses sisa elektronik (e-waste) haram adalah satu ancaman. Beberapa premis atau kilang kini masih dikesan menerusi Op Hazard iaitu operasi bersepadu yang dijalankan pelbagai agensi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 23 batalion PGA dikerahkan untuk mengesan kilang-kilang e-waste yang beroperasi secara haram di seluruh negara.

"Operasi terhadap kilang e-waste akan dilakukan secara berterusan bagi membanteras kegiatan haram ini.

"Setiap batalion juga diarahkan mempunyai satu keberhasilan. Kebanyakan kilang yang diserbu adalah hasil dari risikan yang dilakukan PGA,"katanya.

Terdahulu, Op Hazard ini dilaksanakan serentak membabitkan 765 keanggotaan di seluruh negara sejak Sabtu lalu.

Setakat ini sebanyak 47 premis dan kilang haram yang menjalankan kegiatan memproses e-waste sudah diserbu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!