Air Selangor disaran perluas kempen e-Bil di luar bandar

Kaedah atas talian menyukarkan penduduk membayar bil air hingga tertunggak

Rizam menerangkan penggunaan bidal air kepada penduduk bagi penjimatan air pada Program Jimat Air di Balai Komuniti Kampung Tebuk Mufrad di sini hari ini.
Rizam menerangkan penggunaan bidal air kepada penduduk bagi penjimatan air pada Program Jimat Air di Balai Komuniti Kampung Tebuk Mufrad di sini hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Sdn Bhd diminta memperluaskan lagi kempen penerangan berhubung penggunaan perkhidmatan e-Bil terutama kepada penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail berkata, kempen penerangan dan taklimat perlu dilakukan lebih kerap kepada penduduk kampung memandangkan pengetahuan mereka terhadap pembayaran e-Bil masih rendah.

"Saya melihat kaedah bil baru ini lebih baik kerana maklumat berkaitan air sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

"Bagaimanapun, ia perlu diselaraskan dari segi pemahaman dan penyampaian kepada pengguna di Selangor dengan lebih meluas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Program Jimat Air di Balai Komuniti Kampung Tebuk Mufrad di sini hari ini.

Rizam yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berkata, rata-rata penduduk kampung masih kurang memahami perkhidmatan atas talian serta aplikasi telefon pintar itu bagi membuat pembayaran bil air.

Malah, katanya, terdapat penduduk yang berdepan kesulitan gagal menjelaskan bil air hingga bayaran utiliti itu tertunggak.

"Air Selangor perlu memastikan supaya tidak berlaku kelewatan pembayaran kerana kita bimbang berlaku tunggakan bil melambung hingga menyebabkan bekalan air rumah penduduk terpaksa dipotong," katanya.

Artikel Berkaitan: