Pembaikan paip pecah selesai - Air Selangor

Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam siap sepenuhnya pada Selasa.
Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam siap sepenuhnya pada Selasa.
A
A
A

KLANG - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam siap sepenuhnya pada Selasa.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir Abas Abdullah bagaimanapun berkata, bekalan air akan disalurkan secara berperingkat kepada pengguna selepas sistem bekalan air stabil.

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya mengikut kumpulan iaitu kumpulan satu pada jam 12 tengah malam pada Rabu dan kumpulan dua pada jam 9 malam pada hari sama.

Ir Abas Abdullah
Ir Abas Abdullah

"Sebenarnya kerja kerja pembaikan itu mengambil masa dalam lingkungan 12 jam diikuti dengan kerja-kerja semakan air dan kualiti air seterusnya penyaluran air mengisi tangki-tangki air utama.

"Penyaluran yang kita umumkan kepada pengguna bermula jam 9 pagi dan kita sudah mula menyalurkan air dari kolam air Bukit Mayong ke kolam air Lambi dan seterusnya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengagihkan bekalan air minuman bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizan Zaman Huri di Pangsapuri Pandamar A di sini pada Selasa.

Secara keseluruhannya sebanyak 2362 botol air minuman lima liter diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam bagi meringankan beban penduduk yang terbabit.

Sebanyak 2362 botol air minuman lima liter diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam bagi meringankan beban penduduk yang terbabit.
Sebanyak 2362 botol air minuman lima liter diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam bagi meringankan beban penduduk yang terbabit.

Dalam pada itu, Abas berkata, kerja-kerja penggantian paip air berisiko pecah sepanjang 150 kilometer (km) terus dilaksanakannya di negeri itu pada setiap tahun.

Beliau berkata, penggantian paip lama dan rosak itu kebanyakkanya terletak kawasan taman-taman perumahan.

"Namun, paip pecah dua tiga hari lepas (di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam) adalah paip utama bersaiz besar, dibina menerusi Skim Sungai Selangor Fasa Dua.

"Penggantian paip (usang) di taman- taman memang kita ada setiap tahun dan memperuntukkan untuk menukar (paip) lebih kurang 150 kilometer dan tertumpu kepada kawasan mengikut statistik paip pecah yang tinggi," katanya.

Beliau menambah, sasaran penggantian paip lama dan rosak sepanjang 150 km setiap tahun itu bagi membolehkan pengguna menikmati kemudahan air bersih dan selamat.