'Saya dah biasa kerja jauh-jauh' - Kata terakhir suami sebelum terkorban nahas FRU

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengusung keranda jenazah Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, 38, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tubong pada Rabu. Foto Bernama
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengusung keranda jenazah Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, 38, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tubong pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

TELUK INTAN - "Jangan risau, saya dah biasa kerja jauh-jauh," itu antara kata-kata terakhir Koperal Amiruddin Zabri kepada isterinya Norazian Mohd Joned, 38, sebelum dilaporkan terkorban bersama lapan yang lain dalam nahas di Teluk Intan pada Selasa.

Norazian berkata, dia mengganggap tugasan Amiruddin, 38, ke Teluk Intan adalah tugas biasa, namun tidak menyangka suaminya antara yang terkorban dalam nahas itu.

Isteri mangsa, Norazian Mohd Joned, 37, menunjukkan gambar potret keluarga bersama allahyarham suaminya di pekarangan Unit Forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan lori pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada Selasa. Foto Bernama

Menurutnya, dia menerima berita kejadian itu menerusi rakan sekerja yang memaklumkan berlaku kemalangan membabitkan Unit 5 dari Sungai Senam.

Dia kemudian menghubungi Amiruddin, namun tidak berjawab lalu dia menghubungi rakan sekerja suaminya dan dimaklumkan Amiruddin telah meninggal dunia.

Katanya, kali terakhir dia bertemu arwah ialah tengah hari semalam ketika suaminya bersiap hendak bekerja.

"Saya reda namun terkilan kerana dia sangat teruja menyambut kelahiran anak perempuan kami (kini berumur setahun) yang ditunggu selama 10 tahun," katanya yang ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan, di sini.

Norazian yang tinggal di Gopeng berkata, suaminya berkhidmat dalam pasukan polis sejak 2011 dan sebelum ini ditempatkan di beberapa kawasan termasuk di Johor sebelum ditugaskan di Sungai Senam, Ipoh.

Artikel Berkaitan:

Sembilan anggota FRU terkorban.
Sembilan anggota FRU terkorban.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi kenderaan FRU dinaiki 18 anggota yang dalam perjalanan ke Ipoh selepas satu penugasan di Teluk Intan dirempuh sebuah lori muatan batu, menyebabkan lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!