Polis sita 21 motosikal dalam operasi banteras lumba haram di Labuan

Polis menyita 21 motosikal dalam operasi bersepadu membanteras lumba haram di Jalan Sungai Miri berhampiran Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah Labuan selama dua hari yang berakhir semalam. Foto Bernama

A
A
A

LABUAN - Polis menyita 21 motosikal dalam operasi bersepadu membanteras lumba haram di Jalan Sungai Miri berhampiran Kampus Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah Labuan (UMSKAL) di sini selama dua hari yang berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan orang awam mengenai kegiatan samseng jalanan yang menunggang secara berbahaya dan membuat bunyi bising dengan ekzos yang diubah suai.

"Operasi diketuai Asisten Superintenden Rechi Anak John Chuhing melibatkan 22 pegawai termasuk unit khas yang melakukan pemantauan sebelum dua sekatan jalan raya dilakukan secara serentak, satu di Jalan Sungai Pagar berhampiran Petronas Carigali dan satu lagi di hadapan Sekolah Menengah Sains Labuan," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Polis Labuan sita 21 motosikal dalam operasi membanteras lumba haram berhampiran UMSKAL, susulan aduan samseng jalanan dan ekzos bising. Foto Bernama
Polis Labuan sita 21 motosikal dalam operasi membanteras lumba haram berhampiran UMSKAL, susulan aduan samseng jalanan dan ekzos bising. Foto Bernama

Mohd Hamizi berkata, Unit Kereta Peronda (MPV) juga dikerahkan untuk menyuraikan orang ramai di lokasi berkenaan.

"Sebahagian penunggang motosikal ditahan di lokasi kejadian manakala yang lain melarikan diri ke arah pantai dan meninggalkan motosikal mereka.

Pelbagai kesalahan dikesan seperti menunggang tanpa lesen yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tidak memasang nombor plat serta melakukan pengubahsuaian haram. Foto Bernama
Pelbagai kesalahan dikesan seperti menunggang tanpa lesen yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tidak memasang nombor plat serta melakukan pengubahsuaian haram. Foto Bernama

"Pelbagai kesalahan dikesan seperti menunggang tanpa lesen yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tidak memasang nombor plat serta melakukan pengubahsuaian haram," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemeriksaan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengesan kesalahan lain, termasuk bunyi bising. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!