Situasi kompleks, berjayakah gabungan GRS-PH-BN?

Sesi rundingan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari Sabah akan diadakan pada 30 Jun ini. Gambar hiasan
Sesi rundingan antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari Sabah akan diadakan pada 30 Jun ini. Gambar hiasan
A
A
A

CADANGAN kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH), dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) menimbulkan pelbagai reaksi dan cabaran.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keperluan kerjasama antara ketiga-tiga gabungan tersebut, realiti politik di Sabah menunjukkan dinamika yang kompleks.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, menegaskan bahawa GRS bersedia bertanding secara solo sekiranya kerjasama PH-BN diteruskan tanpa mengambil kira kepentingan parti-parti tempatan.

Malah beliau menekankan parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri.

Berlainan pula bagi Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menyambut baik pakatan PH-BN tetapi tidak memberikan kenyataan jelas mengenai kerjasama dengan GRS.

Tindakan beliau yang tidak konsisten dan sukar diramal dilihat sebagai faktor yang merumitkan pembentukan pakatan yang kukuh antara BN dan PH di Sabah.

Penganalisis politik berpendapat kerjasama antara GRS dan PH lebih realistik dan stabil berbanding gabungan UMNO Sabah-PH, memandangkan perbezaan pendirian antara kepimpinan UMNO negeri dan Pusat.

Namun, pertembungan kerusi antara GRS dan BN dijangka sukar dielakkan, sekali gus boleh menjejaskan strategi satu lawan satu dan memberi kelebihan kepada parti lain seperti Warisan.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhannya, kejayaan gabungan ini bergantung kepada kemampuan kepimpinan menyelaras strategi dan mencapai persefahaman dalam pembahagian kerusi.

Tanpa penyelarasan yang kukuh, risiko pertembungan dan perpecahan undi boleh menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan kuasa di Sabah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!