Malaysia mohon India-Pakistan tak cetus provokasi, redakan ketegangan

Malaysia menyeru India dan Pakistan supaya tidak melakukan sebarang provokasi serta mengaktifkan semula saluran komunikasi membina susulan ketegangan yang berlaku antara kedua-dua negara tersebut.
Malaysia menyeru India dan Pakistan supaya tidak melakukan sebarang provokasi serta mengaktifkan semula saluran komunikasi membina susulan ketegangan yang berlaku antara kedua-dua negara tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia menyeru India dan Pakistan supaya tidak melakukan sebarang provokasi serta mengaktifkan semula saluran komunikasi membina susulan ketegangan yang berlaku antara kedua-dua negara tersebut.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan mengikuti rapat perkembangan terkini mengenai peningkatan ketegangan antara India dan Pakistan, serta menggesa kedua-duanya untuk bertenang.

“Setegang mana pun keadaan, diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan krisis.

“Malaysia mengulangi gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar dijalankan siasatan menyeluruh terhadap serangan pada 22 April lalu di Pahalgam, bagi memastikan semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Malaysia menegaskan semula sokongan terhadap usaha ke arah penurunan ketegangan dan dialog bermakna antara India dan Pakistan,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa ketegangan antara India dan Pakistan semakin memuncak selepas tentera India didakwa melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tiga lokasi di Pakistan serta wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan.

Menurut agensi berita Reuters, kejadian tembakan artileri berat dan letupan kuat berlaku di beberapa kawasan sempadan di Kashmir yang ditadbir Pakistan.

Ia berlaku selepas India mengumumkan serangan terhadap ‘infrastruktur pengganas’ di sembilan lokasi.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan bahawa seramai 21 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang mengikuti kursus ketenteraan di Pakistan dan India berada dalam keadaan selamat.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah tersebut, seramai 18 anggota berada di kolej ketenteraan di India manakala tiga lagi di kolej ketenteraan di Pakistan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!