Semua masjid, surau di Selangor diarah baca Qunut Nazilah

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah yang terdapat dalam doa qunut ketika solat Subuh bagi memohon perlindungan ALLAH daripada jangkitan koronavirus (Covid-19).

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara dan semakin meningkat ketika ini.

"Susulan penularan jangkitan itu, seluruh pegawai jawatankuasa masjid dan surau di Selangor hendaklah sentiasa peka dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran virus berkenaan sepertimana yang disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Sebagai seorang Islam, kita hendaklah sentiasa memohon pelindungan ALLAH supaya melindungi negara daripada virus berkenaan. Bacaan Qunut Nazilah dalam doa qunut solat Subuh dilakukan sehingga penularan jangkitan itu diatasi sepenuhnya," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: