Kes seludup bahan berbahaya di KLIA: SPRM rekod keterangan lapan individu

SPRM telah merekod keterangan lapan individu yang dikenal pasti sebagai saksi bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan berbahaya menerusi kargo di KLIA yang dipercayai mempunyai unsur rasuah. - Gambar hiasan (Gambar kanan: Laporan Sinar Harian pada 30 April lalu.)
SPRM telah merekod keterangan lapan individu yang dikenal pasti sebagai saksi bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan berbahaya menerusi kargo di KLIA yang dipercayai mempunyai unsur rasuah. - Gambar hiasan (Gambar kanan: Laporan Sinar Harian pada 30 April lalu.)
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekod keterangan lapan individu yang dikenal pasti sebagai saksi bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan berbahaya menerusi kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menurut sumber, kesemua saksi ini terdiri daripada mereka yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan insiden yang disiasat.

"Mereka ini telah dipanggil untuk memberikan keterangan secara rasmi kepada pihak SPRM.

"Pihak SPRM kini sedang dalam tindakan untuk mengenal pasti individu atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan barangan yang tergolong dalam kategori Dangerous Goods (DG) telah diisytiharkan secara tidak tepat sebagai produk isi rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah sumber, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat SPRM.

Namun begitu, kata sumber, pihak SPRM tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa tangkapan akan dilakukan pada masa akan datang sekiranya terdapat maklumat baharu atau petunjuk terkini yang dapat membantu mengukuhkan siasatan ini.

"Segala tindakan lanjut akan dibuat berdasarkan perkembangan terkini serta hasil analisis terhadap bukti dan maklumat yang diperoleh," ujarnya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan SPRM menerima satu maklumat pada awal tahun ini berkaitan isu penyeludupan barangan berbahaya termasuk bahan kimia menerusi kargo di KLIA yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Kegiatan penyeludupan barangan berkenaan yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) meletakkan kawasan KLIA terdedah kepada isu ancaman keselamatan terutama kejadian dua kebakaran yang berlaku pada tahun 2024.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, SPRM kini sedang menyiasat syarikat serta pihak terlibat selain akan mengenal pasti isu kelemahan tatakelola yang menyebabkan barangan berbahaya berkenaan mudah diseludup masuk.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin ketika dihubungi mengesahkan mengenai siasatan kes berkenaan dan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!