[VIDEO] Kes rogol di Kelantan membimbangkan, budak perempuan cari lelaki minta buat hubungan - Polis

A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Polis Kelantan mendedahkan kes rogol di negeri ini sangat membimbangkan apabila menjadi satu trend di mana kanak-kanak perempuan yang mencari lelaki untuk mengadakan hubungan intim.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kanak-kanak perempuan tersebut berusia seawal 10 tahun manakala lelaki 11 tahun.

"Perkara ini terbongkar dan kesemua kes yang dilaporkan setelah kanak-kanak terbabit didapati mengandung. Laporan dibuat oleh keluarga dan pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

"Ada yang usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan serta sebulan. Apa yang membimbangkan kami adalah trend terkini perempuan bawah umur cari lelaki," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, lebih membimbangkan lagi kes rogol di Kelantan juga banyak melibatkan sumbang mahram.

Ujarnya, sebagaimana yang direkodkan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun hamil bersama bapa saudaranya yang berumur 20-an.

Mohd Yusoff semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
Mohd Yusoff semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.

Mohd Yusoff memberitahu, kanak-kanak ini dilaporkan 'meminta' hubungan terlarang itu dilakukan bukan sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

"Bagi kes seterusnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun telah mengandungkan sepupunya berumur 15 tahun.

"Hasil siasatan yang kami lakukan didapati terdapat video, gambar porno di dalam telefon mereka," katanya.

Menurut beliau, perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana kesemua kes rogol yang dilaporkan adalah suka sama suka bukannya paksaan.

Ujarnya, paling menyedihkan apabila ada ibu bapa yang tahu anak perempuan mereka yang di bawah umur ini membawa balik lelaki ke rumah dan masuk ke dalam bilik.

"Itu belum lagi, yang melakukan hubungan terlarang ini bukan seorang tetapi kadang kala lebih dari empat lelaki.

"Kami dilaporkan kanak-kanak perempuan ini yang memintanya," katanya.

Mohd Yusoff memberitahu, ibu bapa dinasihatkan supaya memantau anak-anak mereka terutama penggunaan telefon serta pergaulan yang terlalu bebas.

Ujar beliau, selain itu pihak sekolah dan masyarakat setempat juga diingatkan untuk sentiasa memantau kanak-kanak di bawah umur ini.

Katanya, selain pengaruh telefon, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya, kes rogol berlaku juga disebabkan penyalahgunaan dadah iaitu sebanyak 30 peratus.

"Ini hasil kajian kami. Selain isu jenayah, dadah juga menyumbang kepada kes rogol," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan kes rogol, senjata api, dadah antara kes jenayah yang mengalami peningkatan di negeri ini sepanjang Januari hingga Mac berbanding tahun lepas.

Mohd Yusoff berkata, sepanjang tempoh tiga bulan itu kes rogol meningkat sebanyak 15.6 peratus iaitu lima, samun berkawan bersenjata api 100 peratus (1 ) dan cedera 6.8 peratus (3).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!