Dua hari hilang, lelaki ditemui mati dalam kebun

BOGOR - Misteri kehilangan seorang lelaki sejak dua hari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah kebun ubi kayu, pada Isnin.
Ketua Polis Saerah Dramaga, AKP Hartanto berkata, mayat lelaki berusia 31 tahun berbaju hitam dan berseluar jeans itu ditemukan dalam keadaan meniarap.
"Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung susulan penemuan mayat berkenaan.
"Mangsa dikatakan sudah dua hari tidak pulang ke rumah dan punca kematian masih belum diketahui, " katanya.
Mayat lelaki berkenaan dibawa ke hospital, sebelum diserahkan kepada kelurga untuk tindakan selanjutnya.
Punca kematian belum dapat dikenal pasti, namun ahli keluarga memberitahu lelaki itu menghidap sejenis penyakit yang tidak didedahkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!