Wanita warga emas ditemui mati dalam parit depan rumah

Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam parit di Kampung Tunku Jalan Astana Petra Jaya, di sini pada Jumaat lalu.
Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam parit di Kampung Tunku Jalan Astana Petra Jaya, di sini pada Jumaat lalu.
A
A
A

KUCHING - Mayat seorang wanita warga emas ditemui dalam parit di Kampung Tunku Jalan Astana Petra Jaya, di sini pada Jumaat lalu.

Penemuan mayat wanita berusia 82 tahun tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Anak Chabu dalam kenyataannya pada Ahad.

"Pihak polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan terdapat orang meninggal dunia dalam parit di kawasan tersebut pada jam 5.41 petang.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Gita bergegas ke lokasi dan mendapati seorang wanita tempatan dan pasukan perubatan yang tiba di lokasi turut mengesahkan dia telah meninggal dunia," katanya.

Katanya lagi, mayat wanita tersebut dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

"Orang awam yang mempunyai maklumat diminta berhubung terus dengan Ketua Balai Gita, Asisten Superintenden Syed Zainal Abidin Syed Ali di talian 019-5131156 atau Balai Polis Gita 082-254417.

"Orang ramai juga boleh tampil terus ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat," katanya.

Alexon dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut bagi menjaga sensitiviti keluarga.

Sebelum itu, tular satu hantaran di media sosial bahawa wanita tersebut ditemui lemas dalam longkang depan rumahnya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran tersebut, seorang individu mendakwa wanita itu sering menjadi mangsa kemarahan anak lelakinya dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kes tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!