Tukang jahit masih tak percaya terima 'duit raya' RM1 juta

Roswani (kiri)menerima cek cura Jutawan BSN SSP bernilai RM1 juta daripada Noriza.
Roswani (kiri)menerima cek cura Jutawan BSN SSP bernilai RM1 juta daripada Noriza.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang tukang jahit di Kampung Cempaka, di sini terkejut apabila menerima panggilan telefon memaklumkan dia terpilih menerima wang tunai RM1 juta menerusi Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP).

Roswani Ismail, 56, berkata, dia menerima panggilan tersebut pada hari raya keempat dan hingga hari ini masih tidak percaya wang sebanyak itu menjadi miliknya.

"Saya cakap pada ahli keluarga, dapat duit raya RM1 juta. Semua teruja sehingga sukar untuk digambarkan perasaan tersebut.

"Insya-ALLAH dengan duit ini saya gunakan bagi menunaikan haji serta akan bawa semua adik beradik laksanakan umrah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Mock Cek Jutawan BSN SSP ke-110 di sini pada Khamis.

Roswan (enam dari kiri) berkongsi kegembiraan bersama ahli keluarga semasa Majlis Penyampaian Cek Cura Jutawan BSN SSP ke-110 di Kota Bharu pada Khamis.
Roswan (enam dari kiri) berkongsi kegembiraan bersama ahli keluarga semasa Majlis Penyampaian Cek Cura Jutawan BSN SSP ke-110 di Kota Bharu pada Khamis.

Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengarah Negeri BSN Kelantan, Noriza Hashim.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu dia mula membuka akaun di BSN ketika berusia 20-an.

Ujarnya, upah menjahit yang diterima akan disimpan di dalam bank untuk kegunaan hari tua.

Artikel Berkaitan:

Roswani memberitahu, sebelum ini dia bekerja makan gaji namun mengambil keputusan berhenti dan pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit.

"Sejak itu saya menjahit untuk kelangsungan hidup dan mula membeli SSP pada tahun 2021.

"Alhamdulillah, rezeki yang tidak pernah saya impikan. Sehingga sekarang rasa macam mimpi," katanya sebak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!