Kerajaan Kelantan cadang kongsi kenderaan elak kesesakan di bandar Kota Bharu

Kerajaan Kelantan cadang orang ramai amalkan perkongsian kenderaan bagi kurangkan kesesakan di bandar Kota Bharu. Gambar kecil: Hilmi
Kerajaan Kelantan cadang orang ramai amalkan perkongsian kenderaan bagi kurangkan kesesakan di bandar Kota Bharu. Gambar kecil: Hilmi
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mencadangkan supaya orang ramai mengamalkan perkongsian kenderaan sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar, khususnya sekitar Pasar Siti Khadijah dan Jalan Sultanah Zainab.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, pendekatan seperti diamalkan di Bandung, Indonesia boleh dijadikan contoh apabila masyarakat setempat bergilir menggunakan kenderaan berdasarkan nombor plat genap dan ganjil.

"Di sana (Bandung) hari ini kenderaan plat nombor genap tumpang yang plat nombor ganjil, esok sebaliknya.

"Buat sementara langkah yang tuntas dapat diambil ialah terdapat jalan alternatif di sekitar kawasan tersebut untuk elak kesesakan lalu lintas. Ini kerana kesesakan biasa berlaku pada waktu puncak dan jika pergi waktu biasa jalan itu tidak sesak," katanya ketika menjawab soalan daripada Dr Hafidzah Mustakim (PH-Kota Lama) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kesesakan yang berlaku sebahagian besarnya berpunca daripada sikap segelintir pengguna jalan raya yang enggan meletakkan kenderaan di lokasi lebih jauh dan tidak mahu berjalan kaki.

Ujarnya, mengikut laporan trafik pada tahun 2024, Kota Bharu merupakan bandar kedua tersesak di negara ini selepas Pulau Pinang.

"Jika di Pulau Pinang jarak 10 kilometer perlu mengambil masa 27 minit pemanduan, manakala di Bandar Kota Bharu pula 23 minit.

"Walaupun orang kata bandar di sini mati tetapi banyak kenderaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!