Tiada pengiktirafan tanah adat Orang Asli di Semenanjung - MB Kelantan

Mohd Nassuruddin semasa sesi penggulungan pada sidang DUN Kelantan pada Rabu.
Mohd Nassuruddin semasa sesi penggulungan pada sidang DUN Kelantan pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menjelaskan tiada istilah tanah adat yang diiktiraf bagi Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Menurut beliau, istilah itu hanya wujud dan diiktiraf di Sabah dan Sarawak.

"Malah perkara itu terdapat dalam Kanun Tanah Negara 1965 mahupun Akta Orang Asli 1954.

"Tanah adat sebenarnya tidak wujud di Semenanjung Malaysia.

"Di Kelantan, kawasan masyarakat Orang Asli tidak diwartakan di bawah Akta Orang Asli, sebaliknya melalui peruntukan Perizaban Kanun Tanah Negara," katanya semasa sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini pada Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu memberitahu, di Kelantan beberapa lokasi telah diwartakan dibawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara seperti Kawasan Aring 5, Kampung Meranto, HSD dan beberapa lot warta Orang Asli di Lojing.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa komited dalam melindungi hak dan kebajian Orang Asli dengan dasar pembangunan eksklusif negeri melalui peruntukan belanjawan negeri setiap tahun.


Kelantan jamin KB Sentral siap tiga tahun

KOTA BAHRU - Kerajaan Kelantan memberi jaminan kerja-kerja pembinaan Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Artikel Berkaitan:

Jaminan itu diutarakan oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin semasa sesi penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini pada Rabu.

"Nete...nerak kita akan buat, itu komitmen kerajaan negeri.

"Setakat hari ini, kita telah pun selesaikan kerja-kerja tapak. Kita kena korek tanah dan tambung baharu," katanya.

Menurut beliau, kerja-kerja itu mengambil masa selama lebih setahun untuk disiapkan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, semua pihak diminta menghentikan perbahasan berhubung pembinaan Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) selepas Kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk menyiapkan projek tersebut.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, projek itu menjadi keutamaan kerajaan negeri dan pihaknya mahu ia disiapkan sebagaimana yang dijanjikan.

Terdahulu, Kerajaan Kelantan memutuskan untuk mengambil alih projek pembinaan KB Sentral selepas rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata sepakat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!